rujuk: Sahih Muslim, Kitabul Iman, Bab: Israk. m/s 1/145 no: 162
lafaznya:
فإذا هو قد أعطي شطر الحسن
ertinya: “Tiba2 didapati bahawa beliau (Yusuf) dikurniakan separuh kecantikan”.
cuma ada dua penafsiran yg masyhur:
i- diberikan separuh kecantikan seluruh manusia. yakni: Yusuf lebih cantik daripada semua manusia hatta lebih cantik daripada Nabi Muhammad SAW. inilah yg difahami dari zahir hadis Muslim itu. dan disokong oleh riwayat Tabarani, sabdanya: “Tiba2 aku bertemu dengan seorang lelaki (Yusuf) yang paling cantik diciptakan oleh Allah”.
ii- diberikan separuh kecantikan Nabi Muhammad SAW. yakni: Nabi kita lebih cantik daripada Nabi Yusuf a.s.
Tafsiran ini disokong oleh dua perkara:
1- Hadis Nabi:
“Tuhan tidak mengutuskan seorang Nabi pun, melainkan wajahnya tampan, suaranya sedap. Dan Nabi kamu adalah yang paling tampan wajahnya dan paling merdu suaranya”. Tirmizi dalam Syamail.
2- Kaedah dalam usul:
‘Orang yang bercakap tidak termasuk dalam umum pertuturannya’. Yakni: Apabila Nabi berkata Yusuf diberikan separuh kecantikan manusia, ia tidak merangkum Nabi SAW yg menuturkannya.
wallahu A’lam.



0 ulasan:
Post a Comment