Online Diary story of the little princess: September 2011

Semakin bertambah

Thursday, 15 September 2011

MELENTUR BIARLAH WAKTU REBUNG

                                            

     Mak Cik Aqilah tinggal di sebuah desa yang aman dan makmur. Dia mempunyai seorang anak yang baru berusi 18 tahun. Anak lelakinya bernama Azhar. Hampir semua permintaan Azhar dtunaikan ibunya. Apatah lagi semenjak ayah Azhar meninggal dunia. Kasih sayangnya kin dicurahkan sepenuhnya kepada anak tunggal kesyangnya tu.


     Pada suatu hari, Azhar meminta ibunya membelikan motosikal. Alasannya supaya mudah untuk bejumpa dengan kawannya. Tanpa berfikir panjan, Mak Cik Aqilah memenuhi kehendak anaknya. Pada firasatnya tidak salah jika anaya berkawan memandagkan hanya mereka berdua di rumah.

     Sejak memiliki motosikal, Azhar jarag-jarang berada di rumah. Dia tidak serajin dahulu membantu ibunya yang berniaga barang-barang runcit.  Kadang- kadang, Azhar hanya pulang ke rumah awal pagi.  Mak Cik Aqilah semakin risau terhadap apa yang berlaku.

      Pada suatu hari, Azhar tidak balik ke rumah. Ibunya berasa gusar memikirkan pelbagai kemungkinan yang berlaku. Azhar akhirnya pulang ke rumah menjelang tengah hari . Apabila ditanya, Azhar memberikan alasan motosikalnya rosak dan terpaksa tidur di rumah kawaya.Ibunya menpercayai alasan anaknya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen