Online Diary story of the little princess: Bani Israel

Semakin bertambah

Saturday, 15 October 2011

Bani Israel

Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan Israel.Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s). Istilah Israel bermaksud "Hamba Allah" atau "Tentera Allah". Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT. Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani.
Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin. Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.
Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen